Wednesday, April 03, 2013

Jumpa lagi.

Kamu,
Kita cerita lagi sebulan dari sekarang,atau mungkin lebih.
Tak apa,demi rezeki yang halal.
:)
Jaga diri,saya tunggu kepulangan kamu kawan.
Seperti dulu.

Wednesday, March 20, 2013

1 minit yang terakhir

1 minit yang terakhir

"Awak,saya minta maaf."


Sent.


Waiting for delivery.



Message could not be sent.


Pasrah.

Tuhan,mohon jaga dia. Peluk dia di dalam lindungan kasih-Mu ya.

Tuesday, March 19, 2013

Surat untuk Tuhan

Tuhan,
maafkan aku.
Untuk dosa yang belum terhapus
untuk hati yang terluka
untuk apa jua silap yang telah terlakukan.


Aku mohon,
jangan diduga hati kecil ini begini.
Tunjukkan jalan,agar jiwa tenang.
Sudah beberapa kali hati ini dicincang parah,
tolong aku Tuhan,
beri petunjuk.

Monday, March 18, 2013

Perempuan dan cinta

Kawan saya kata,
Perempuan,kalau dah jatuh cinta,terus jadi bodoh dan buta..kahkahkah
Terkebil-kebil saya menahan hati,nak marah benda memang betul.
Hati perempuan lembut,lebih lembut dari kertas tisu,
cuba kalau sudah kecewa,
pergi tak kembali,terus.






P/s : Dia kembali,setelah 5 tahun menyepi,petanda apakah? Saat hati sudah dibajai bahagia yang lain.

Friday, March 15, 2013

Kemahuan

Apa sebenarnya yang kau cari?
Bisik hati kecil sendiri.
Diam,yang panjang.


Apa sebenarnya yang saya cari di dalam hidup?

Rasa

Ada satu rasa,
yang telah sekian lama tersimpan jauh di sudut hati
tak siapa pun tahu,kecuali hati sendiri,
hari ini,saya keluarkan dari kotak yang paling jauh itu.
Rasa seperti sebeban perasaan terkeluar,
tenang dan aman.

Terima kasih Tuhan,untuk peluang yang sekali lagi ini,
saya janji untuk jaga,
tidak lagi mahu rebah tersungkur.

Terima kasih Tuhan,untuk waktu yang tidak terlewat.
:)


P/s : Rindu.

Thursday, March 14, 2013

Pilihan

Andai ini perjalanan yang kau pilih
Berjalanlah,dan senyum.


Andai tak sempat ke destinasi,
takkan ada sesal.



P/s : Hidup ini pilihan,terpulang pada hati.